Keperluan dialisis Dialisis

Seseorang pesakit biasanya memerlukan dialisis apabila bahan atau sisa buangan dalam badan terlampau tinggi sehingga boleh menyebabkan mereka menjadi tidak sihat. Tahap penghasilan sisa buangan dalam badan meningkat secara perlahan-lahan. Doktor akan menguji serta mengukur beberapa tahap kimia dalam darah untuk membantu seseorang jika mereka perlu melakukan dialisis. Terdapat dua tahap utama dalam pengukuran tahap kimia dalam darah iaitu creatinine level dan blood urea nitrogen. Jika terdapat sebarang peningkatan terhadap kedua-dua tahap ini, ia menunjukkan bahawa terdapat kekurangan keupayaan bagi buah pinggang seseorang untuk membersihkan sisa buangan dalam badannya sendiri.

Ujian air kencing boleh digunakan oleh seorang doktor bagi mengesan tahap fungsi atau kebolehan buah pinggang seseorang dengan melakukan ujian creatinine clearance. Pesakit perlu menyimpan air kencing mereka seharian dalam bekas khas bagi tujuan ini. Sisa buangan yang terhasil dalam air kencing mahupun darah akan dianggarkan dengan mengukur creatinine tersebut. Dengan cara membezakan darah dengan tahap air kencing bagi bahan ini (creatinine), para doktor dapat mengetahui cara buah pinggang seseorang itu berfungsi. Biasanya, jika ujian mendapati creatinine clearance seseorang berada dalam julat 10-12cc/min, maka mereka perlu menjalani rawatan dialisis.

Para doktor juga turut menggunakan petunjuk lain dalam menentukan sama ada seseorang itu memerlukan dialisis ataupun tidak. Antaranya ialah apabila seseorang pesakit itu tidak berupaya untuk menyingkirkan lebihan air dalam badan, atau mengalami masalah jantung, paru-paru, atau sakit perut, atau mengalami kesukaran merasa atau menerima apa-apa ransangan pada kaki, dialisis juga akan disarankan walaupun creatinine clearance tidak berada dalam julat yang ditetapkan.